Cyberjaya merupakan salah satu bandar yang terbaik untuk didiami di kawasan Greater Kuala Lumpur dengan pelbagai akses kemudahan serta keselesaan, menjadikan ia lokasi yang sempurna bagi pembeli rumah yang ingin memiliki rumah idaman di sini!

Dengan ini, Paramount Property bakal memperkenalkan projek pembangunannya yang baru di Cyberjaya — Sejati Lakeside yang terletak di Persiaran Rimba Permai.

Sejati Lakeside dibina atas tanah hakmilik kekal yang seluas 41.4 ekar. Ia merupakan hartanah berlaman dengan hakmilik individu, kesemua 418 unit rumah ini akan dibina dalam 3 fasa. Komponen pembangunan ini termasuk rumah teres 2 tingkat, rumah superlink 2 tingkat dan rumah berkembar (semi detached) 3 tingkat dengan pemandangan yang menghadap tasik.

Perumahan dengan kepadatan yang rendah ini akan memberi ganjaran istimewa kepada bakal pemilik rumah dengan akses terus ke kawasan tasik yang seluas 45 ekar, dengan tambahan 5 ekar pemandangan landskap yang indah dan mendamaikan. Sejati Lakeside juga menawarkan tiga taman landskap yang berbeza untuk membentuk teras pembangunan dengan menyediakan ruang yang luas dilengkapi dengan 19 aktiviti sukan dan rekreasi bagi generasi muda hingga golongan tua, yang akan mewujudkan kehidupan komuniti yang rapat sesama penduduk.


Rumah-rumah di Sejati Lakeside

Fasa pertama bagi Sejati Lakeside menawarkan 130 unit rumah teres 2 tingkat, setiap darinya dibina di atas tanah seluas 22’ x 70’ dengan rekaan moden yang melengkapi gaya hidup kontemporari. Selain itu, dengan rekaan tingkap yang besar serta ruang pintu yang luas, ia menggalakkan pencahayaan semulajadi dan pengaliran udara yang baik.

Rumah teres ini juga ditawarkan dengan saiz binaan yang luas, dari 2,546 kp dengan 4 bilik tidur yang luas, di mana setiap bilik dilengkapi dengan bilik air individu. Tingkat aras tanah rumah terdapat sebuah bilik yang serba luas yang sesuai bagi tetamu atau ahli keluarga warga emas —menggalakkan konsep kehidupan bergenerasi di bawah satu bumbung. Ini menjadikan Sejati Lakeside lebih istimewa berbanding projek perumahan berdekatan lain yang hanya menawarkan kediaman dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air sahaja .

Selain daripada itu, semua kediaman yang ditawarkan di Sejati Lakeside dibina dengan saiz maksima bagi setiap plot tanah. Ini akan menjimatkan kos bagi pemilik rumah kerana tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk meluaskan rumah mereka lagi. Pemilik rumah juga tidak mempunyai sebarang sekatan untuk merevonasi rumah dengan sebarang rekaan yang dikehendaki, kerana rumah-rumah ini tidak terikat kepada status strata.

Fasa 2 bagi perumahan di Sejati Lakeside pula terdiri dari 139 unit rumah teres 2 tingkat dan rumah superlink 2 tingkat; manakala Fasa 3 akan mempunyai 149 unit kediaman yang terdiri daripada rumah teres 2 tingkat, rumah superlink 2 tingkat dan yang paling istimewa adalah rumah berkembar 3 tingkat yang berhadapan dengan pemandangan tasik yang indah.

Harga jualan rumah-rumah di Sejati Lakeside adalah di antara RM928,100 hingga RM1,543,500.


Sesuai Bagi Semua Gaya Kehidupan Anda

Pemilik kediaman di Sejati Lakeside akan menikmati kos pemilikan rumah yang lebih rendah berbanding pembangunan bagi tanah berstatus strata, di mana kos penyelenggaraan bulanan akan dikira berdasarkan saiz sebuah rumah.

Rumah akan dibina dengan orientasi arah Utara-Selatan untuk mengelakkan lebihan cahaya dan haba matahari, menjadikan kehidupan anda lebih selesa. Selain itu, perumahan ini turut menyediakan banyak tanaman hijau sebagai penyejuk alam semulajadi dan mewujudkan ekosistem baru bagi flora dan fauna termasuk 1,000 pokok daripada lebih 20 spesies.

Pembangunan ini turut menampilkan konsep Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) iaitu Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran dengan penanaman tanaman secara berperimeter atau bertembok, ia disediakan sebagai penghalang dari sudut pandangan penceroboh, kawasan tanaman hijau dengan pokok renek bagi memberi pandangan yang jelas kepada laluan pejalan kaki dan mengelakkan kemungkinan bagi penceroboh menjadikannya sebagai tempat persembunyian. Selain dari itu, projek ini hanya terdapat satu laluan masuk dan keluar bagi kenderaan untuk memastikan kawalan keselamatan yang lebih ketat.

Pembeli yang berminat juga perlu tahu bahawa semua kediaman di Sejati Lakeside menggunakan paip air berudara (aerated water tap) yang membantu penjimatan air dan sistem tandas dual flush, tangki simpanan air hujan (hanya untuk Semi-D) dan sistem keselamatan rumah yang percuma bagi unit yang terhad.

Bagi menambahkan lagi kegembiraan bakal pemilik rumah, pakej bagi pelanggan yang terawal turut disediakan bagi tempoh masa yang terhad.


Mudah Diakses Dan Kemudahan Yang Sudah Sedia Ada

Tanpa sebarang keraguan, lokasi Sejati Lakeside adalah salah satu tarikan utama kerana ia dikelilingi oleh pelbagai kemudahan, ditambah pula dengan jaringan perhubungan lebuh raya yang mudah diakses.

Pelbagai pusat membeli-belah dan unit komersial yang ditawarkan di Cyberjaya termasuklah DPulze Shopping Centre, Shaftsbury Square, Tamarind Square, Prima Avenue, Radius Business Park, Cottage Walk dan Alamanda Shopping Centre.

Bandar ini juga merupakan pusat pelbagai institusi pendidikan bertaraf dunia seperti Universiti Limkokwing , Universiti Multimedia (MMU) , Universiti Malaysia Sains Komputer dan Kejuruteraan (UNIMY), Korean School of Malaysia, Universiti Asia Metropolitan dan beberapa lagi sekolah kerajaan dan juga sekolah antarabangsa.

Bagi penduduk yang mementingkan penjagaan kesihatan, terdapat pelbagai institusi perubatan yang beriktiraf seperti ; Hospital Putrajaya, Hospital Serdang dan Hospital Cyberjaya yang dijangka akan siap pada tahun 2020.

Cyberjaya mudah diakses melalui Putrajaya Link, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya ELITE, dan Lebuhraya MEX. Ia terletak hanya 20 minit perjalanan memandu ke Pusat Bandar KL dan hab utama bagi pengembara — Lapangan Terbang KLIA dan KLIA2. Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam, orang ramai boleh menggunakan ERL Putrajaya Sentral sebagai akses mudah ke perbandaran lain dan juga stesen MRT2 yang akan datang, iaitu stesen Cyberjaya North dan Cyberjaya City Centre. Kedua-dua stesen ini dijangka akan siap dan bermula operasi pada tahun 2022.

Cyberjaya telah menjadi destinasi utama bagi pembeli rumah, pelabur dan usahawan bagi menikmati sepenuhnya pelbagai perhubungan dengan gaya hidup alaf 21, kawasan Cyberjaya juga sangat ideal bagi mereka yang mencari kediaman dengan nilai yang lebih berbaloi bagi wang anda berbanding kejiranan lain yang mempunyai kos kehidupan yang lebih tinggi.

Dari konsep awalnya sebagai “bandar pintar” kepada lokasi yang menawarkan pelbagai kemudahan, semua ini menjadikan populasi penduduk setempat semakin berkembang. Pilihan gaya hidup dengan konsep “hidup-belajar-bekerja-bermain” (“live–learn-work-play”) juga menjadikan Cyberjaya sebagai satu destinasi utama yang menarik!

Adakah anda berminat untuk memiliki kediaman di tepi tasik anda sendiri? Klik di SINI sekarang untuk mendapatkan pelbagai tawaran istimewa hanya di Sejati Lakeside oleh Paramount Property.

(31 Oktober 2019)