Unnamed
Logo3 small


Ciri perniagaan sentiasa berkembang dan kini lebih daripada biasa, trend kerja bersama yang semakin meningkat telah membangkitkan minat mereka yang mahukan lebih kawalan dalam hayat bekerja mereka. “Ruang pejabat servis, lebih dikenali sebagai “pejabat flexi” telah wujud sekian lama (sejak tahun 2000-an).

Trend kerja bersama tersebut bermula dengan pejabat servis, iaitu pengendali akan menyediakan dan melengkapi suatu ruang pejabat kosong dengan perabot dan mengubah suainya kepada beberapa pejabat berperabot yang lebih kecil yang boleh menempatkan seorang staf atau sehingga lima atau enam orang dalam satu ruang yang dilengkapi dengan perkhidmatan seperti penyambut tetamu dan juga penjawab panggilan dan pencetakan bagi kemudahan penghuni untuk bekerja keras dalam urusan mereka.

Ruang kerja bersama merupakan revolusi pejabat servis dan sudah wujud di Malaysia sejak tahun 2015, oleh itu menjadikannya pilihan yang agak baharu bagi pemilik perniagaan kecil,” ujar ketua pegawai pemasaran Zerin Properties Urus Harta, Aziz Shah.

Menurut naib presiden pertumbuhan WORQ Coworking Spaces Kau Chun Keat, “ruang sedemikian menyasarkan syarikat baharu, usahawan, perusahaan kecil dan sederhana (SME), bahkan pelanggan perusahaan yang lebih suka bekerja dalam persekitaran korporat, maka melalui pilihan ini, seseorang itu boleh bekerja di pelbagai lokasi ruang kerja.”

Mari kita lihat beberapa sebab utama yang menyebabkan ruang kerja bersama boleh menjadi ideal untuk anda!



Rangkaian dengan Industri Berbeza

Pengendali ruang pejabat yang fleksibel telah menyediakan perkhidmatan yang menguja serta perkhidmatan tambah nilai yang menyasarkan generasi muda, yang dengannya suatu penubuhan komuniti diwujudkan.

Dalam persekitaran ini, penghuni daripada industri yang berbeza akan dapat bergaul antara satu sama lain melalui aktiviti berkumpulan yang dianjurkan oleh pengendali, yang benar-benar menggalakkan perangkaian!

Aziz menjelaskan, “ruang kerja bersama mempunyai manfaat menawarkan lebih daripada pejabat fizikal kerana ia dianggap menyediakan penubuhan komuniti, menggalakkan penghuni untuk menjalin rangkaian antara mereka bagi mendapatkan perniagaan daripada satu sama lain.”



Internet Kelajuan Tinggi Tanpa Gangguan

Perniagaan tertentu, terutamanya pejabat perwakilan di luar pesisir mungkin memerlukan telepersidangan video secara konsisten.

Ini akan memerlukan penggunaan internet kelajuan tinggi tanpa gangguan dan stabil, selain adanya privasi, oleh itu ruang kerja bersama merupakan suatu penyelesaian yang popular kerana ia menawarkan meja panas (hot desking) – perkhidmatan yang boleh diakses setiap hari, dengan kadar harian yang fleksibel yang disediakan oleh kebanyakan penyedia perkhidmatan kerja bersama.

Kau Chun Keat menjelaskan caj untuk menggunakan ruang kerja bersama berbeza mengikut perkhidmatan yang dipilih. Pelanggan yang mencari tempoh kekal boleh memilih pakej yang bermula daripada RM200, namun WORQ menawarkan kadar yang kompetitif dengan produk kerja bersama bermula daripada RM300 sebulan untuk sebuah Meja Panas!


Menggalakkan Produktiviti

Bekerja di rumah atau di kedai kopi boleh menjejaskan produktiviti, kerana kedai kopi selalunya cenderung kepada bunyi bising dan penuh sesak, terutamanya ketika masa puncak. Kau Chun Keat menerangkan, ruang kerja bersama sebaliknya, bertempat dalam ruang pejabat korporat, dan orang akan datang ke tempat yang sama khususnya bagi tujuan kerja.

Para penghuni akan bermotivasi berasaskan persekitaran atau suasana ruang yang seterusnya boleh meningkatkan produktiviti. Tambahan pula, kebanyakan syarikat kerja bersama menawarkan bahagian berbeza bagi tujuan yang berlainan, contohnya, meja dan kerusi yang selesa untuk bekerja, meja berdiri, bilik perbincangan, bilik mesyuarat; di samping kos bulanan bekerja dalam ruang kerja bersama adalah serupa dengan anda menyiapkan kerja di Starbucks jika anda perlu membuat pesanan minuman setiap kali anda ke sana!



Tiada Perbelanjaan Modal (CAPEX) Terlibat

Ruang kerja bersama membolehkan seseorang bekerja dalam suatu persekitaran pejabat yang dilengkapi penuh tanpa perlu bimbang tentang berpindah, mencari ruang kerja dan mendirikan hab pejabat yang ideal yang akan menyebabkan penjimatan besar memandangkan kos pengubahsuaian bagi ruang kerja yang ideal bukanlah murah!

Kau Chun Keat berkata, “mengapa anda perlu bimbang tentang mencari ruang pejabat yang kosong, mendirikan ia tanpa sebarang asas dengan membelanjakan dana bagi reka bentuk dalaman dan pembinaan, mengurus serta menggunakan wang yang sangat berharga atau perbelanjaan modal (CAPEX) untuk pengubahsuaian sedangkan anda boleh saja menyewa suatu ruang kerja bersama.”



Sokongan Pasukan

Ini merupakan satu daripada manfaat bekerja dalam ruang kerja bersama yang penting tetapi tersirat! Seseorang menghabiskan banyak masa dengan rakan sekerja kerana sebahagian besar waktu dalam sehari akan menentukan seseorang itu untuk berada di pejabat. Teman serta keluarga mungkin boleh memberikan sokongan emosi untuk situasi yang dihadapi dalam kehidupan peribadinya tetapi bukan di tempat kerjanya.

Ruang kerja bersama selalunya mengadakan acara sosial sebagai aktiviti berkumpulan secara tetap yang membantu dalam menggalakkan kepositifan dan menolong penghuninya untuk melepaskan tekanan dan kenegatifan. Kau Chun Keat menjelaskan, “dalam organisasi kami WORQ, kami menganjurkan acara dan juga inisiatif komuniti untuk meningkatkan pendedahan penghuni untuk berinteraksi sesama mereka, contohnya, bermain permainan pada waktu malam, makan tengah hari bersama dan menonton wayang.

Selain itu, kami juga menganjurkan bengkel dan seminar yang membolehkan para penghuni untuk bertemu orang yang sealiran dengan mereka, dan juga menugasi pengurus komuniti dalam setiap ruang bagi membantu penghuni untuk berhubung antara satu sama lain (facilitated networking)."


Kesimpulan

Ruang kerja bersama benar-benar boleh berjaya di Malaysia, namun faktor penentu akan bergantung pada kadar dan perkhidmatan yang disediakan oleh setiap agensi kerja bersama.

Lebih bijak bagi pekerja bebas (freelancers) dan juga mereka yang mempunyai syarikat baharu yang kecil untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat berkongsi memandangkan ia berpatutan dan tidak memerlukan perbelanjaan modal.

Tambahan lagi, pengguna boleh terdedah kepada campuran pengendali yang bebas dan besar yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam lokasi yang berbeza yang menyasarkan banyak industri.

Selain kos, kedudukan ruang kerja bersama bersebelahan dengan pilihan pengangkutan awam boleh juga menentukan kejayaannya. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda meneliti pilihan yang terbaik berkenaan dengan perkhidmatan kerja bersama yang paling sesuai dengan anda!

(Oleh Viknesh Ashley Clarence, 11 Jun 2019)

Adakah anda terhibur membaca artikel ini dan adakah kini anda terfikir untuk menggunakan ruang kerja bersama? Maklumkan kepada kami di seksyen komen di bawah!

SHARE THIS TOPIC

Chinese ad 4621 326x150 01

20150527 023646 1 small

The pros as mentioned above, but lack privacy and exclusivity...