Platinum arena pano
Logo3 small


Pernahkah anda terfikir untuk tinggal di Jalan Klang Lama yang serba ada? Platinum Arena akan menjadi pilihan anda. Ia merupakan pembangunan yang terbaru terletak di Jalan Klang Lama yang mempunyai rangkaian lebuh raya yang akan mengurangkan masa perjalanan ke Bandaraya Kuala Lumpur serta kawasan persekitaran seperti Bandar Sunway, Petaling Jaya, Bukit Jalil dan Puchong.

Platinum Arena dibangunkan di atas tanah seluas 2.9 ekar. Harga jualan Platinum Arena amat menarik daripada RM530 satu kaki persegi dengan anggaran nilai pembangunan berjumlah RM421 juta.

Platinum Arena, pembangunan setinggi 36 tingkat ini mempunyai 728 unit apartmen dari keluasan 650 kaki persegi hingga 1,008 kaki persegi berserta 36 unit kedai pejabat. Kombinasi kediaman berserta komersial untuk memenuhi keperluan asas penghuni di atas.


Pengenalan Semula Gaya Hidup yang Cergas

Pelbagai kenikmatan yang dialami oleh penghuni Platinum Arena termasuklah kolam renang dengan kabana.

Projek ini mendapat ilham daripada kompleks sukan yang berdekatan, iaitu Arena Sukan Sentosa (dahulunya dikenali sebagai Arena Sukan Datuk Lee Chong Wei). Kedua-dua blok bangunan Platinum Arena dinamakan bersempena dengan atlet ternama dunia, iaitu: Armstrong dan Boris.

Platinum Arena dibina khas untuk menggalakkan komuniti mengamalkan kehidupan sihat. Pelbagai aktiviti yang menarik dapat dijalankan di sini untuk kehidupan harian anda. Platinum Arena mempunyai sebuah dewan sukan berlengkap gelanggang bola keranjang yang membolehkan penghuni Platinum Arena bersukan.

Kemudahan yang membolehkan penghuni bersuka-ria dan beriadah seperti dek yoga, dek tinjau atas bumbung, perpustakaan, tempat barbeku, bilik permainan kanak-kanak serta bilik audio video juga tersedia di Platinum Arena.


Penghuni boleh bersantai di dek tinjau yang terletak di atas bumbung Platinum Arena.

Penghuni juga boleh memilih untuk bersenam dalam bilik kesihatan atau kawasan luaran yang luas berserta trek jogging, berenang di kolam renang atau menenangkan hati di dek tinjau yang diselubungi pemandangan bukit yang beralun dan panorama Kuala Lumpur yang indah yang tiada bandingannya.

Rangkaian kemudahan yang berdekatan dengan beberapa hab pengangkutan, misalnya KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan salah satu sebab anda memilih hartanah di Jalan Klang Lama.

Jalan Klang Lama dan kawasan persekitarannya seperti Kuchai Lama dan Taman OUG menawarkan medan selera dan restoran yang menyediakan pelbagai jenis juadah ternama untuk jamuan anda dan seisi keluarga.


Kedudukan Platinum Arena strategik yang mudah diakses dengan lebuh raya utama.

Platinum Arena bukan sahaja dihubungkan oleh rangkaian lebuh raya ke sekitar bandar-bandar konkrit, tetapi juga ke beberapa tarikan semula jadi seperti Hutan Pendidikan Bukit Gasing dan Taman Rekreasi Bukit Jalil yang terletak berdekatan. Di samping itu, institusi pendidikan yang popular, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) juga berada di sekitar ini.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang terletak hanya 8km dari Platinum Arena yang menjadi tumpuan penganjuran Sukan Komenwel 1998 dan Sukan SEA 2017. Arena Axiata (dahulunya dikenali sebagai Stadium Putra Bukit Jalil) pula merupakan lokasi konsert yang hangat bagi artis ternama antarabangsa, misalnya, Jacky Cheung, JJ Lin, Boyzone dan Jason Mraz.

Mereka yang tinggal di sekitar Jalan Klang Lama mempunyai banyak pilihan membeli-belah, antaranya termasuk Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan Suria KLCC.


Kesimpulan

Platinum Arena menawarkan suasana yang tenang, pilihan ideal untuk penghuni yang menyukai kehidupan damai.

Jika anda mengambil keputusan untuk melabur di Platinum Arena, lokasi Jalan Klang lama yang strategik memudahkan kehidupan seharian awak. Kawasan ini masih berkembang pesat dan ia merupakan pilihan yang sesuai untuk bakal pemilik rumah yang berkenan.

Sekarang waktu yang terbaik untuk membeli Platinum Arena kerana ia merupakan projek perumahan di bawah Kempen Pemilikan Rumah 2019 (HOC 2019). Pembeli yang membeli rumah antara 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 dapat menikmati pengecualian duti setem atas surat cara perjanjian pinjaman dan duti setem pindah milk hartanah serta diskaun khas 10% atas harga jualan juga akan diberikan. Dapatkan kediaman anda di Platinum Arena sebelum kempen ini berakhir!

Untuk maklumat lanjut, sila dail 011-1722 6525 atau layari www.platinumvictory.com, www.platinumarena.com.my.


( Oleh Viknesh Ashley Clarence, 14 Mei 2019)

SHARE THIS TOPIC

Chinese ad 4621 326x150 01

20150527 023646 1 small

stamp duty exemption until June 2019...


My photo small

Another new block to OKR area after few years from 2019. PV focus mainly in Setapak, now come over to the other side of town. Good to explore this new development.