Manager roll
Logo3 small


Bayangkan, anda kini telah menjadi pemilik hartanah dengan bangga, namun anda tiada masa untuk menguruskan hartanah yang disewakan, ataupun untuk memastikan ianya berjaya disewakan. Apa yang akan anda lakukan dalam senario sedemikian dan pada siapakah yang akan anda minta tolong?

Pada saat-saat seperti ini, seseorang harus berpaling kepada pengurus hartanah. Mendapatkan perkhidmatan sedemikian akan mengurangkan beban menyelenggara hartanah dengan amat ketara, ini akan dicapai dengan memastikan hartanah seseorang berjaya menjana hasil.

Perkhidmatan ini disediakan oleh individu atau syarikat-syarikat berlesen di seluruh Malaysia. Skop kerja utama adalah untuk memastikan operasi berjalan dengar lancar dari hari ke hari, dengan penyelenggaraan keseluruhan, kerja menaik taraf dan pengawasan dari penyedia perkhidmatan yang berbeza supaya hartanah berkenaan berfungsi untuk semua penghuninya.  

Pengurusan hartanah adalah penting untuk semua jenis pembangunan kerana ini memastikan sebuah unit dijaga dalam keadaan baik dan optimum untuk pengguna. Pengurusan hartanah juga memastikan penyelenggaraan yang konsisten, dengan itu, akan meningkatkan nilai modal hartanah seseorang.

Pengurusan hartanah bermula pada peringkat perancangan projek, kemudian ke arah penyelesaian dan pengendalian hartanah tersebut. Ini adalah kriteria-kriteria utama yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah hartanah.

Previn Singhe, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Zerin Properties, berkata, pepatah ‘your body is your temple’ (badan anda adalah seperti tempat beribadah) boleh digunakan dalam penerangan topik ini. “Apa yang kita faham dari pepatah ini ialah ianya penting untuk kita menjaga badan dan minda dengan cara yang betul dan sihat, bagi kita menikmati kehidupan kita tanpa sebarang halangan – ini juga boleh diguna pakai untuk hartanah kita.


Pusat Kawalan Hartanah

Pengurus hartanah biasanya berurusan dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (untuk hartanah berstrata) dan juga dengan pemilik rumah dan penyewa selain daripada pihak-pihak individu yang memiliki atau menyewa hartanah komersil dan / atau perindustrian.

“Di Malaysia, hartanah berstrata dikehendaki oleh undang-undang (Akta Pengurusan Strata 2013 - Akta 757) untuk melantik syarikat pengurusan hartanah berlesen untuk mengawasi operasi hari ke hari pembangunan yang berkenaan.

Previn menyatakan, "ini menurut pekeliling baru dari Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) di mana, semua pengurus hartanah mesti didaftarkan dan dilesenkan oleh lembaga tersebut bagi menjalankan tugas mereka secara sah". Bangunan komersial termasuk ruang pejabat dan kedai juga memerlukan beberapa jenis pengurusan, serta kemudahan perindustrian.

Walau bagaimanapun, terdapat juga unit-unit individu yang memilih perkhidmatan pengurusan hartanah untuk memastikan harta itu diuruskan bersama-sama pengurusan penyewaan – yang popular dengan pelabur-pelabur asing dan / atau pelabur hartanah kediaman mewah atau komersil," jelas Previn.

Terdapat beberapa penyelesaian yang ditawarkan oleh pengurus-pengurus hartanah di Malaysia, termasuk;

1. Pengebilan, pengutipan bayaran penyelenggaraan / kumpulan wang penjelas, cukai pintu, cukai tanah dan / atau sewa. 

2. Laporan bulanan aliran tunai, debtors ageing, pendapatan dan perbelanjaan. 

3. Menilai dan menyelia semua kontrak dan penyedia perkhidmatan seperti pembersihan, keselamatan, kawalan serangga dan landskap. 

4. Mengadakan mesyuarat bulanan dengan klien-klien tentang perkembangan penjagaan dan penyelenggaraan, belanjawan dan aliran tunai. 

5. Laporan bulanan terperinci mengenai keseluruhan operasi hartanah tersebut. 

6. Sokongan mekanikal dan elektrik (penghawa dingin, lif, paip dan kerja-kerja elektrik). 

7. Rancangan operasi terperinci, penyelenggaraan pencegahan dan rutin pada peralatan M & E. 

8. Kajian ketekunan wajar untuk pembelian – keadaan semasa hartanah. 

9. Pembangunan reka bentuk – dari permulaan pembangunan hartanah untuk memastikan kemampanan dan untuk membangunkan produk baik yang dapat dikekalkan dengan cekap dan berkesan. 

Terdapat dua jenis pelantikan pengurusan hartanah di Malaysia, dan ini termasuk pelantikan komprehensif dan tidak komprehensif. Pelantikan yang tidak komprehensif digunakan secara meluas (terutamanya untuk hartanah berstrata) yang diterjemahkan kepada amalan biasa, di mana semua penyelenggaraan dikenakan ke atas pemilik hartanah berasaskan dasar “berturut-turut” (back to back).

"Bagi pembaikan pula, kos akan ditanggung oleh tuan punya, pelanggan atau pemilik hartanah itu. Syarikat hartanah berkenaan boleh membantu untuk mendapatkan sebut harga kerja tertentu (minimum tiga sebut harga) dan kemudian menyerahkannya kepada pemilik, bersama-sama dengan cadangan yang berkaitan.

Pelantikan komprehensif, biasanya digunapakai untuk harta komersil atau perindustrian, di mana belanjawan tahunan dikemukakan kepada syarikat pengurusan hartanah oleh pemilik dan syarikat pengurusan harta akan mengurus semua penjagaan dan penyelenggaraan mengikut belanjawan tertentu yang dipersetujui," Previn berkongsi.


Kesimpulan

Secara ringkasnya, terdapat banyak manfaat dalam memperoleh pengurus hartanah untuk menyediakan penjagaan rapi yang sangat diperlukan untuk pelaburan hartanah seseorang.

Pengurus-pengurus hartanah diketahui untuk mengurangkan tekanan yang mungkin dihadapi oleh pemilik yang perlu berurusan dengan operasi dari hari ke hari untuk sesuatu hartanah seperti mengurus aliran tunai, menambah nilai dan penambahbaikan kepada hartanah tersebut. Tidak dilupakan, pengurus hartanah juga menasihatkan pemilik tentang isu-isu teknikal yang mungkin timbul; menguruskan penyelenggaraan pencegahan dan berjadual bahagian M & E; dan yang paling penting ialah menguruskan penyewa dan pengutipan sewa untuk pelbagai hartanah.

Walau bagaimanapun, persoalan yang sering timbul di minda beberapa pemilik hartanah adalah, apakah kos untuk melantik seorang pengurus hartanah? Previn berkongsi, "menurut LPPEH, skala bayaran bagi perkhidmatan sedemikian adalah antara 2% hingga 5% dari pulangan sewa tahunan hartanah berkenaan".


(oleh  Viknesh Ashley Clarence, 23 April 2019)  

Adakah anda menganggap memperoleh perkhidmatan pengurus hartanah untuk menguruskan pelaburan hartanah anda adalah permilikan bijak? Sila kongsi pandangan anda di bahagian komen!  

SHARE THIS TOPIC

Chinese ad 4621 326x150 01

My photo small

@admin_ps thank you for posting this article.

My photo small

Malaysia has its original "Act 242 for Valuers, Appraisers & Estate Agents" amended and takes effect last year 2018, to include the scope of enforcement for registered property managers in the property management industry. The amendments are captured in the Act A1550 (Valuers, Appraisers & Estate Agents) 2017. BOVAEA has its name changed to BOVEAP, namely The Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents & Property Managers.


20150527 023646 1 small

Good property manager, hopefully employ good reliable staff...

My photo small

@carmenfoong Very Often, the decision to hire good property managers, lies in the Management Committee that made up of the condo owners. Very often, owners are not well verse in this matter and commission the wrong party to do the work, giving in return chaos to themselves, thereafter blame everyone except themselves.