Secure a property 1200x628
Logo3 small


Sebenar-benarnya, sekarang merupakan masa yang paling sesuai untuk membeli hartanah di Malaysia. Pembeli prospektif hanya perlu memahami dan memilih hartanah yang sentiasa berada dalam permintaan pasaran. Kefahaman dan kebijaksanaan memilih dapat meningkatkan lagi nilai hartanah yang kian bertambah.

Berikut adalah petunjuk yang dapat menjelaskan mengapa kita patut membeli hartanah sekarang!


Tawaran Khusus

Pembekal hartanah semakin bijak menggabungkan pilihan harga yang berpatutan dengan kemampuan pembeli, bersama rebat untuk meningkatkan jualan.

Pembeli hartanah juga kini menyambut baik penurunan harga tawaran untuk perumahan kelas tengah oleh pemilik rumah yang mencari penjualan yang lebih cepat, manakala kediaman yang baru dilancarkan telah digayakan dengan cara yang lebih menarik. Dengan kata lain, pelaksanaan kawasan binaan yang lebih kecil, banyak kemudahan yang disediakan dan peningkatan gaya hidup.

Ketua Pegawai Pemasaran Zerin Properties Urus Harta, Aziz Shah menjelaskan bahawa “Rumah mampu milik agak popular baru-baru ini, disasarkan kepada golongan yang luas. Biasanya, pemilik rumah dari segmen ini mencari jalan untuk memaksimumkan pendapatan mereka. Jadi, kediaman seperti ini selalunya terletak berdekatan dengan sambungan pengangkutan awam.”

Beberapa kondominium yang baru dilancarkan di sekitar Lembah Klang berharga daripada RM250,000 hingga RM450,000.

Selain daripada mewujudkan peluang pelaburan yang konsisten, ia menawarkan pelbagai pilihan hartanah untuk bakal pemilik rumah untuk membeli atau menyewa.


Penempatan Hartanah Yang Lebih Baik

Mereka yang mencari hartanah yang bernilai tinggi menekankan bangunan bertingkat tinggi di kawasan pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang terletak berdekatan dengan kawasan pembangunan bercampur atau bersepadu yang mudah disewa, berpatutan dan mendatangkan hasil yang lebih tinggi.

Hartanah jenis ini menarik minat pembeli generasi muda yang bergantung pada pengangkutan awam. Sekarang, ramai pemaju yang menumpukan perhatian di kawasan sekitar Lembah Klang, misalnya Kajang, Bangi dan Rawang yang merupakan bandar satelit kepada ekosistem di Kuala Lumpur.

“Sekiranya kamu pandang sepintas lalu terhadap perubahan di Lembah Klang, kamu akan mendapati bahawa kebanyakan pemaju utama telah meletakkan tanda menerusi pilihan rumah mampu milik yang menawarkan sekurang-kurangnya sejenis pengangkutan awam. Malah, ada sesetengah yang bersambungan dengan stesen kereta api,” kata Aziz lagi.


Pengenalan Dasar Nasihat

Selain daripada dasar yang biasa didengar seperti Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah SelangorKu yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, kini terdapat banyak dasar yang membantu pembeli rumah kali pertama untuk membeli hartanah dengan harga yang berpatutan.

Aziz turut berkongsi, “Dasar Perumahan Negara (NHP) 2018-2025 yang baru diperkenalkan menyediakan peluang untuk memperbaik ketidakpadanan pasaran melalui kerjasama kerajaan dan pihak swasta yang melibatkan pembinaan 1,000,000 rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun dengan had harga RM300,000 seunit. Pendanaan Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM1 bilion untuk rumah yang bernilai RM150 ribu pada kadar faedah 3.5%, peningkatan tumpuan terhadap skim sewa untuk beli dan pelaksanaan Akta Sewaan Kediaman.”

Penempatan kesemua skim rumah mampu milik merupakan cara yang baik untuk mengawasi dinamik antara permintaan dan penawaran hartanah supaya rumah yang berlebihan dapat dijual. Selain itu, pengecualian duti setem untuk pembeli hartanah kali pertama yang membeli hartanah bernilai antara RM300,000 hingga RM1 juta juga dimasukkan dalam NHP 2018-2025 sehingga bulan Julai 2019.

“Dari sudut kewangan pula, terdapat banyak skim pembiayaan yang diperkenalkan oleh kerajaan, institusi swasta dan pemaju swasta. Misalnya, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta, Skim Rumah Pertamaku, Skim Perumahan Belia, Skim HouzKEY Maybank serta Skim Sewa-Beli Hartanah oleh PR1MA. Begitu juga dengan pemaju hartanah yang terkenal di Malaysia dan Skim FundMYHome yang dijana secara pendanaan awam hartanah,” tambah Aziz.

Bagi mereka yang tidak tahu, pendanaan awam hartanah merupakan skim yang membantu pembeli untuk membeli hartanah melalui Amanah Pelaburan Hartanah, sekumpulan pembeli akan mengumpulkan dana mereka untuk membeli hartanah dan menerima pendapatan sewaan sebagai dividen.

“Tambahan pula, parti seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bekerjasama dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dalam rangka kerja pembiayaan rakan setara (P2P) untuk rumah mampu milik. Ini menawarkan banyak pilihan kepada pembeli hartanah kali pertama dalam proses pemilikan hartanah,” kata Aziz.


Kesimpulan

Dengan adanya pelbagai pilihan hartanah yang boleh didapati di pasaran baharu mahupun pasaran sedia ada, disokong oleh rangkaian pengangkutan awam yang lancar dan skim bantuan pemilikan hartanah, kita tidak patut tunggu lagi. Ambillah peluang untuk menikmati kepuasan pelaburan hartanah dan pemilikan rumah.


(Oleh Viknesh Ashley Clarence, 11 April 2019)


Adakah anda kini yakin untuk memulakan perjalanan pelaburan anda? Beritahu kami melalui bahagian komen di bawah!  

SHARE THIS TOPIC

Chinese ad 4621 326x150 01

20150527 023646 1 small

Thanks for listing down all the schemes