Image1
Logo3 small


Para pembaca PropSocial dan peminat hartanah sekalian, trend pembangunan kini menuju ke arah selatan. Apa yang kami maksudkan di sini ialah inflasi di Malaysia sedang semakin menurun, pemaju menawarkan harga serta pakej hartanah yang menarik dan pembangunan lebih cenderung ke arah koridor selatan Lembah Klang.

Bagaimanakah pencari rumah dan pelabur dapat memanfaatkan pasaran yang berkembang ini untuk memaksimumkan pembelian rumah dan aset mereka? Jawapannya ialah – dengan menyasarkan pelancaran berasaskan nilai di kawasan pertumbuhan baharu yang semakin popular – seperti The Tropika di Bukit Jalil oleh Berjaya Land Bhd.


Kehijauan yang indah dengan latar langit KL

The Tropika, satu projek perumahan dan komersial, terletak di atas 6.5 ekar tanah pegangan bebas berhampiran dengan Konsortium Expressway Shah Alam Selangor (KESAS) dan dikelilingi oleh dua lanskap indah, iaitu Bukit Jalil Golf & Country Resort dan Taman Rekreasi Bukit Jalil.

“The Tropika direka dengan teliti untuk menawarkan penduduk dengan rumah yang menggabungkan elemen gaya hidup bandar serta kehijauan supaya mereka dapat menikmati yang terbaik dari kedua-dua elemen ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Land Bhd, Datuk Pee Kang Seng.

Dek kemudahan The Tropika diinspirasikan dari “ crown shyness” yang terhasil dari pohon matang.

Terdapat empat buah blok kediaman yang mengandungi 868 unit pangsapuri servis, sembilan unit kedai dua tingkat di aras G dan 11 lot runcit. Dengan ketinggian 39 tingkat, blok kediaman pertama yang dilancarkan ialah Blok A yang mempunyai 229 unit pangsapuri servis. Terdapat tiga jenis pelan susun atur unit bagi 2 atau 3 bilik di blok ini.

The Tropika menawarkan pangsapuri servis yang berkeluasan 732 kaki persegi (Jenis A), 974 kps (Jenis B), 1,318 kps (Jenis C) dan 1,251 kps (Jenis D – hanya untuk Blok D), dengan maksimum tujuh unit setingkat atau lima unit setiap tingkat bagi Blok D.

Terdapat 68 fasiliti, yang terletak di dek fasiliti khas di Tingkat 6 yang boleh dinikmati oleh peduduk-penduduk. Pelbagai fasiliti ini dikategorikan kepada lapan zon, seperti contohThe Comfort, The Natural, The Zen dan sebagainya.

Pelbagai pelan susun atur unit dengan berlainan saiz.

Selain daripada kolam infiniti, bilik sauna dan wap, gimnasium dan kawasan barbeku, pemaju telah juga menambahkan fasiliti-fasiliti lain seperti kemudahan golf misalnya menyediakan kawasan par course, kawasan hammock, gelanggang tinju, laman tanaman sayuran, trek jogging dan lain-lain lagi.

Dek fasiliti ini mempunyai reka bentuk biophilic yang diinspirasikan dari “crown shyness,” sebuah fenomena semula jadi di mana pohon-pohon matang tumbuh dalam penuh harmoni sambil mengekalkan jurang-jurang saluran di antara satu sama lain, sekali gus menimbulkan rasa tenang dan privasi.

“Penggunaan ruang yang cekap adalah penting bagi kami semasa perancangan projek, seperti yang ditunjukkan oleh pelan susun atur unit dan pelbagai fasiliti yang disediakan untuk penduduk,” kata Pee.


Pusat graviti baru Lembah Klang

Blok kediaman The Tropika termasuk Blok B (40 tingkat), Blok C (42 tingkat) dan Blok D (37 tingkat), yang terletak di atas podium tempat letak kereta tujuh tingkat. Setiap unit kediaman dilengkapi dengan dua buah tempat letak kereta.

Komponen komersil The Tropika.

Terdapat 23,695 kps ruangan komersial, sembilan unit kedai dua tingkat dengan keluasan dari 3,316 kps ke 3,814 kps (bukaan hadapan dan belakang), berserta dengan komponen lot runcit dari 752 kaki persegi ke 1,677 kps.

Untuk kemudahan penduduk dan pelawat The Tropika, komponen-komponen komersial ini besar kemungkinan akan beroperasi dan dibuka oleh subsidiari-subsidiari di bawah Berjaya Group seperti 7-Eleven dan Starbucks.

Selain itu, sebuah jambatan pautan akan dibina di antara The Tropika dan The Link 2, satu projek bersebelahan yang telah siap dibina oleh Berjaya Land Bhd., Komponen komersial Link 2 kini amat aktif dengan pelbagai perniagaan seperti pusat kecantikan, studio yoga, doktor gigi dan klinik. Jenama makanan dan minuman seperti Mokka, Thai Jiang, Zakuro dan The Berry Tale menawarkan pilihan tempat makan dan hiburan malam juga.

Sebagai sebuah pemaju perintis di kawasan ini, projek-projek Berjaya Land di Bukit Jalil semuanya menikmati kawasan strategik dan sambungan jalan raya yang bagus. Begitu juga dengan The Tropika. Ianya mempunyai akses ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Puchong-Sungai Besi, KESAS, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Bagi yang berkeluarga pula, mereka akan menghargai kemudahan pengangkutan dan pendidikan di kawasan ini, termasuk Stesen LRT Bukit Jalil dan Awan Besar dalam laluan Sri Petaling dan SJKC Lai Meng, International Medical University serta Asia Pacific University.

Akhir sekali, Bukit Jalil juga telah melihat peningkatan minat daripada pencari rumah, pelabur dan pemaju keseluruhannya, dengan pihak berkuasa industri seperti “Raja Peta” Ho Chin Soon, pengerusi Ho Chin Soon Research Sdn Bhd, menggariskan faktor-faktor yang memacu pembangunan ke koridor pertumbuhan selatan Lembah Klang.

Ho meramalkan titik panas pertumbuhan baharu akan dibangunkan dengan beralihnya pusat graviti ke selatan Kuala Lumpur.

“Pada 2008, pusat tarikan graviti daripada segi lokasi atau aksesibiliti ialah 15km dari KL, di PJ State New Town. Pada tahun-tahun berikutnya, pertumbuhan di utara KL telah dihadkan oleh penimbunan batu kapur dan hutan rizab yang diwartakan, dan ini telah memacu pembangunan ke barat dan selatan,” kata Ho.

“Pertumbuhan ke selatan telah dipermudahkan oleh lebuhraya-lebuhraya seperti Lebuharaya Kajang-Seremban (LEKAS), MEX, KESAS, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.”

Walau bagaimanapun, pengembangan dari KL akan berkurangan apabila pertumbuhan penduduk menurun dan jarak perjalanan semakin meningkat, menempatkan kawasan di dalam 30km dari bandar seperti Bukit Jalil, Bandar Puteri Puchong dan Bandar Mahkota Cheras sebagai titik panas tertinggi.

The Tropika dijangka siap dibina pada 2023. Harga bagi unit-unit di Blok A bermula pada RM575,800 sehingga RM1.03 juta, dengan purata RM783 se kaki persegi. Dengan lokasinya yang strategik dan harga yang bersaingan, ia merupakan suatu pilihan menarik bagi kedua-dua para pembeli dan pelabur.

(Oleh Aliff Yusri, 21 March 2019)

SHARE THIS TOPIC

Chinese ad 4621 326x150 01

20150527 023646 1 small

Thanks for sharing but it would be good if includes a location map and site map, am still wondering exactly where...

Logo3 small

@carmenfoong Hey, Carmen! Check out The Tropika's property review at https://www.propsocial.my/properties/preview/10067 for more info.

20150527 023646 1 small

Thanks for the tip off