20190115 guocoland chloe residence 1a
Logo3 small


Diinspirasikan oleh keindahan, Chloe Residence ialah hartanah terbaru yang merangkumi kawasan 12 ekar di Emerald West di Rawang — sebuah perbandaran pesat berkembang yang memberikan rasa eksklusif dan dikelilingi oleh kehijauan yang subur. Chloe Residence merupakan sebahagian daripada kawasan kejiranan Emerald Rawang yang telah bertapak semenjak 15 tahun lalu dengan kira-kira 2,500 keluarga yang kini menetap di sana.

Dibangunkan oleh salah satu peneraju hartanah terkemuka tanah air, GuocoLand (Malaysia) Bhd, projek terbaharu ini mengandungi 142 unit rumah teres 2 tingkat dan 2.5 tingkat. Ditemani dengan rumah yang direka indah, Chloe Residence menjanjikan akses yang baik dan kemudahan yang bersesuaian untuk para keluarga yang mementingkan kehidupan moden.

Rumah Bergaya Dalam Kedamaian

Sebuah pembangunan pegangan bebas, Chloe Residence menawarkan beberapa jenis rumah teres untuk memenuhi kehendak pembeli. Jenis A mempunyai saiz binaan seluas 1,977 kaki persegi dan Jenis B direka dengan 2,113 kaki persegi. Manakala Jenis C, dengan susun atur paling luas, adalah rumah berhalaman yang bersaiz 2,287 kaki persegi. Sementara bagi jumlah bilik tidur dan bilik mandi pula, setiap unit mempunyai 4+1 bilik dan 3 bilik mandi.

Dilengkapi kesenian vernakular moden, rumah-rumah ini direka dengan teliti untuk meningkatkan ruang yang praktikal untuk membantu penyusunan perabot. Bagi meningkatkan kualiti persekitaran di dalam rumah dan mengurangkan penggunaan elektrik, reka bentuk setiap unit adalah menggalakkan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi — cara terbaik untuk menyelamatkan alam sekitar.

Selain dikelilingi oleh kehijauan yang subur, privasi penduduk juga dijamin kerana terdapat hanya 12 unit kediaman di setiap satu ekar, lalu menjadikan kepadatan kawasannya yang rendah. Disasarkan untuk siap menjelang Disember 2019, harga rumah-rumah ini bermula daripada RM638,000.

Komuniti Teratur

Di Chloe Residence, anda boleh menikmati keselesaan persekitaran yang dilengkapi dengan landskap subur menghijau. Di samping itu, untuk pengalaman hidup yang lebih sempurna, Chloe Residence menawarkan kemudahan-kemudahan seperti taman permainan, laman komuniti, kawasan BBQ dan gelanggang bola keranjang.

Terdapat juga sebuah tasik yang terletak bersebelahan perumahan ini dengan trek jogging yang berhampiran. Tambahan lagi, pembangunan ini menyediakan taman mini untuk kanak-kanak yang terletak tidak jauh dari pos kawalan untuk pengawasan awam yang lebih efektif.

Selain itu, Emerald Rawang akan menbangunkan pelan induk pembangunan bercampur seluas 350 ekar. Pelan pembangunan tersebut mengandungi sebuah taman sentral yang dilengkapi beberapa tasik, sebuah pusat rekreasi dan sebuah pusat komersial — segalanya di perbandaran Emerald yang matang seluas 1,000 ekar ini untuk mempromosikan ruang komuniti berteraskan gaya hidup bagi penduduk di Emerald Rawang.

Bagi keselamatan keseluruhan, kawasan ini menyediakan pagar anti-climb. Akses untuk ke Chloe Residence juga diterhadkan kepada hanya satu pintu masuk utama untuk meningkatkan keselamatan di kejiranan ini.

Kemudahan Terbaik

Terletak di kejiranan yang tenang dan aman di Rawang, Chloe Residence juga berdekatan dengan beberapa lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara—Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur—Rawang, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Kuala Lumpur—Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Justeru itu, penduduk di sini sentiasa berada tidak jauh dari kawasan-kawasan bandar dengan perjalanan mudah dari Plaza Tol Rawang ke Sungai Buloh (13 km), Kota Damansara (23 km), Damansara (25 km) dan Subang Jaya (26 km).

Tambahan lagi, dengan hadirnya rangkaian jalan baharu di Emerald Rawang yang menghubungkan Emerald West dan Emerald East, masa untuk ke jalan utama iaitu Jalan Batu Arang dan tol Rawang akan banyak disingkatkan. Selain itu, ini juga boleh merapatkan lagi hubungan penduduk-penduduk Emerald West dan Emerald East.

Kejiranan ini juga bersebelahan dengan pelbagai kemudahan. Bagi memenuhi segala keperluan harian, penduduk boleh singgah di AEON Rawang Anggun, Pasaraya NSK Trade City dan Giant di Rawang Mall. Kemudahan lain yang boleh ditemui adalah seperti kedai makan, stesen petrol dan bengkel kereta. Sementara itu, bagi rawatan perubatan, anda boleh menuju ke Hospital Pakar KPJ Rawang yang terletak sejauh kira-kira 18 minit berkereta.

Kawasan kejiranan ini juga mesra keluarga, di mana terdapatnya beberapa buah sekolah yang berdekatan seperti SJK(C) Kota Emerald, SMK Taman Desa, SMK Seri Garing, SJK(C) San Yuk dan Sekolah Antarabangsa Straits.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Chloe Residence merupakan pilihan yang tepat sama ada untuk pelaburan atau untuk penginapan sendiri. Kejiranan ini bukan sahaja menyediakan rumah yang direka dengan elegan berserta persekitaran yang kondusif, tetapi ia juga melengkapkan kehidupan anda dengan sambungan yang lancar dan kemudahan yang pelbagai.

Adakah anda berminat? Klik di sini untuk mendaftar sekarang! Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 1300 1300 16 atau layari www.emeraldrawang.com. Di samping itu, rumah-rumah contoh juga kini dibuka untuk tinjauan pembeli.

Profil Pemaju

GuocoLand (Malaysia) Bhd, yang tersenarai dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia Sekuriti Bhd, adalah cabang hartanah Kumpulan Hong Leong. Syarikat ini adalah pemaju hartanah yang mapan dalam membangunkan perumahan bertunjangkan komuniti serta projek pembangunan komersial yang inovatif dan bersepadu di Malaysia. Pemaju ini adalah anak syarikat GuocoLand Ltd yang berpusat di Singapura, sebuah peneraju hartanah serantau yang telah memenangi pelbagai anugerah dengan operasi yang mantap di Singapura, China, Malaysia dan Vietnam. 

SHARE THIS TOPIC

Chinese ad 4621 326x150 01

65648440 2406793556070448 9165628430648082432 o small

@admin_ps thank you for sharing