Buying a house
Logo3 small


Penyelidikan yang dijalankan oleh HSBC Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini, telah menyingkir Malaysia dari menjadi salah satu negara yang paling obses-hartanah di dunia, berada di tempat keempat (selepas UAE, Amerika Syarikat dan Taiwan) namun, di dalam Asia Tenggara, Malaysia adalah negara yang paling obses-hartanah!

Menurut kajian tersebut, rakyat Malaysia menghabiskan masa yang lebih lama meneliti tentang hartanah (4.37 jam) daripada bersenam di gim (1 jam), membaca buku (1.95 jam), atau membaca berita (2.27 jam).

Mari kita lihat beberapa faktor utama yang harus dilihat oleh rakyat Malaysia semasa pencarian hartanah di seluruh negara, bagi mengurangkan obsesi dan menjadikan proses pemilihan lancar!

(Dari Kiri) Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara N. Jayaselan, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Presiden Rehda Datuk Ir Soam Heng Choon dan Pengerusi HOC 2019 Datuk N.K. Tong, bergambar selepas sidang akhbar di Mapex. - Sunpix oleh Asyraf Rasid


Manfaatkan HOC

Pertama sekali, rakyat Malaysia haruslah mengambil kesempatan daripada Kempen Pemilikan Rumah 2019 (HOC). Seperti yang kita sudah maklum, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang bekerjasama dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan telah menubuhkan HOC 2019.

Skim ini telah dilaksanakan sejak 1 Januari tahun ini dan akan diteruskan sehingga akhir bulan ini (Jun 2019). Apa yang disarankan dalam skim ini adalah, pembeli rumah baru akan memperoleh diskaun sebanyak 10% atau lebih sepanjang tempoh kempen ini.

Tambahan pula, di bawah HOC, unit kediaman yang berharga antara RM300,000 dan RM1 juta akan dikecualikan daripada duti setem dalam perjanjian pemindahan dan peminjaman, yang akan menyumbang kepada penjimatan yang besar. Pembeli-pembeli hartanah perlu memanfaatkan peluang yang unik ini sekarang juga bagi menjamin pemilikan rumah!


Nilai Bajet dan Keupayaan Pinjaman Anda

Adalah bijak untuk membuat penilaian awal belanjawan anda dari segi bayaran pendahuluan yang perlu diketepikan, ansuran bulanan yang diperlukan, kos-kos pemindahan dan kos pengubahsuaian serta yuran guaman dan duti setem seawal mungkin, kerana ini boleh menjimatkan masa anda.

Sekarang ini, anda boleh mengeluarkan skor kredit anda secara percuma menerusi aplikasi Property Teknology yang boleh didapati di kedai Google Play misalnya, melalui penyedia seperti MHub, aplikasi percuma untuk semakan kredit pengguna selain daripada menyemak secara konvensional melalui CCRIS oleh Bank Negara Malaysia dan laporan-laporan lain seperti CTOS untuk menilai keupayaan pinjaman anda dan pra-kelulusan pinjaman awal secara langsung dengan bank-bank Malaysia.

Anda juga boleh bercakap dengan pegawai pinjaman di bank, dimana pegawai tersebut boleh mengira kadar pinjaman yang boleh diperolehi dari bank. Di samping itu, adalah lebih baik untuk kekal dalam lingkungan nisbah satu pertiga Debt Service Rule, di mana bayaran pinjaman hartanah tidak boleh melebihi satu pertiga daripada gaji bersih bulanan anda.


Selidik Tentang Hartanah

Setiap pembeli hartanah mempunyai keperluan dan kriteria yang berbeza apabila mencari hartanah yang dikehendaki. Sesetengah pembeli memilih untuk tinggal berhampiran tempat kerja mereka atau memilih hartanah berdasarkan kemudahan dan kematangan kawasan tersebut, sementara yang lain mungkin lebih suka unit yang lebih besar yang ditawarkan jauh dari kesibukan kota.

Anda dinasihatkan untuk senaraikan kriteria anda dan luangkan masa untuk memeriksa kejiranan pilihan anda sepanjang hujung minggu serta hari minggu pada waktu yang berbeza untuk mendapatkan gambaran realistik tentang kawasan tersebut.

Anda boleh memilih untuk menjamu di kawasan terpilih, ronda kawasan sekitar dan pastikan masa yang diperlukan untuk anda pergi ke tempat kerja dari kawasan tersebut. Faktor-faktor ini penting kerana pembelian hartanah memerlukan dana yang tinggi dan tambahan pula, anda akan menghabiskan banyak masa di rumah dan kejiranan itu pada masa akan datang.


Pergunakan Sumber Atas Talian

Melalui portal hartanah seperti PropSocial.my, anda dapat memperolehi maklumat lengkap mengenai rekod pemaju (projek sebelum dan semasa) melalui forum atas talian dan ulasan pengguna di laman web.

Tiada yang dapat mengatasi ulasan jujur dari mereka yang tinggal di sebuah kejiranan. Kaedah ini juga memberikan anda ringkasan maklumat mengenai sejarah harga transaksi masa lalu, harga jualan permintaan semasa serta harga sewa semasa.

Selain itu, anda juga akan dapat melihat imej udara melalui peta google tentang apa yang boleh didapati di dalam dan di sekitar kejiranan pembangunan yang anda sedang ambil kira.

Lihat senarai pembangunan-pembangunan yang telah sedia ada di kawasan tersebut serta pelancaran akan datang, yang boleh menjejaskan permintaan dan harga pasaran hartanah pilihan anda di masa akan datang.

Dengan menjalankan penyelidikan anda sendiri, ia boleh membantu mengesahkan maklumat yang disediakan oleh pemaju dan ejen, serta mengemukakan kekhuatiran yang mungkin tidak difikirkan sebelumnya.


Jalankan Lawatan Pelbagai Tapak

Adalah sangat penting untuk memastikan anda mengetahui nilai hartanah pilihan anda (termasuk harga kaki persegi - harga skp serta harga penuh). Bandingkan harga pembelian yang disebut dengan harga hartanah sedia ada di kawasan tersebut. Bagaimana perbandingan hartanah-hartanah ini?

Kemungkinan besar akan ada perbezaan tertentu seperti ketumpatan, saiz unit, kemudahan dan lokasi, tetapi anda harus menentukan jika anda selesa membayar premium atau anda lebih rela kehilangan kelebihan-kelebihan untuk harga yang lebih rendah.

Adalah penting untuk membandingkan harga hartanah baru berdasarkan penilaian dan harga transaksi semasa yang sama di kawasan sekitar kerana trend semasa seolah-olah menunjukkan jurang harga yang semakin meningkat antara hartanah baru (dengan pelbagai diskaun dan skim) berbanding dengan harga lebih rendah secara keseluruhan dalam pasaran sub-sale (yang boleh menguntungkan anda dengan ansuran yang lebih rendah dan hasil sewa yang lebih tinggi jika anda memilih untuk menyewa unit anda).

Setelah meneliti melalui portal penyenaraian hartanah, lawatlah kedua-dua jenis hartanah – baru dan sub-sale di kawasan tersebut untuk membuat perbandingan yang jelas.

Anda juga harus mengenali ejen hartanah yang mesra dan berpengalaman supaya anda dapat menyoal mereka apabila melakukan penyelidikan perbandingan anda. Selain membuat keputusan, anda juga haruslah sentiasa berusaha untuk menjadi pengguna yang bijak dengan membandingkan dan memahami dengan tepat apa yang terlibat dalam pemilihan anda.


Kesimpulan

"Membeli hartanah seringkali merupakan pembelian terbesar dan paling penting yang boleh dibuat oleh seseorang. Sebuah industri dengan pengaruh beberapa media hartanah seperti majalah, program TV dan laman web menjadikannya lebih susah dari sebelum ini untuk mempunyai harapan yang realistik tentang apa yang mampu anda miliki."

Oleh itu, walaupun penyelidikan adalah penting – anda harus belajar seberapa banyak yang mungkin dan memperoleh pendapat dari individu-individu yang berpengalaman sebelum membuat keputusan mengenai pembelian hartanah, terutamanya untuk pembeli rumah pertama. Selain itu, anda harus realistik dengan jangkaan dan anggaran anda apabila membeli rumah pertama.

Pembeli muda boleh mula membeli dengan hartanah yang kecil dan seterusnya menaiktaraf hartanah mereka dalam pada maju dalam perniagaan atau menaiki tangga korporat. Dalam tempoh masa panjang, pembelian hartanah akan membolehkan anda melindungi nilai harta kekayaan anda terhadap inflasi, dengan itu, ia boleh menjadi bentuk simpanan dan perlindungan kekayaan yang sangat baik. Nikmati perjalanan ini dan selamat mencari hartanah untuk pembelian anda seterusnya!

Artikel ini disumbangkan oleh bekas pengurus besar Institut REHDA dan pelabur hartanah, David Shieh Chong.

David Shieh Chong adalah pelabur hartanah yang mengurus dan memiliki lebih daripada sepuluh hartanah, sejak tahun 2009. Beliau amat gemar dengan hartanah dan beristirehat pada hujung minggu dengan melihat hartanah dan mengikuti perkembangan sektor hartanah.

Dari segi kerjaya, beliau adalah seorang peguam korporat, dan mempunyai pengalaman dalam pelbagai aspek hartanah, termasuk dalam promosi hartanah kerajaan di Malaysia Property Incorporated (di bawah Unit Perancang Ekonomi), kerja agensi hartanah dan juga telah bekerja dengan pemaju-pemaju hartanah unggul di REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah Perumahan Malaysia) Institute.


Adakah artikel ini membantu anda mengurangkan obsesi hartanah anda? Maklumkan kepada kami di bahagian komen di bawah!

SHARE THIS TOPIC

Chinese ad 4621 326x150 01

Profilepic small

A list of to do checklist

Own dp small

That is some good deal for new property buyer..But till end of June 2019.

20150527 023646 1 small

Govt should consider extending it

Profilepic small

Good news that the HOC 2020 is now in place. Just waiting for the Government to gazette the right laws and policies in place for reference these few weeks.