Fountain 1200 x 650
Logo3 small

Gambarkan bentuk muka bumi Ipoh; dengan bukit batu kapur yang seakan menyentuh langit biru, diselubungi dedaun hijau yang subur. Penduduk Lembah Klang kini boleh memiliki gaya hidup yang menenangkan seperti itu tanpa perlu melalui perjalanan berjam-jam kerana SP Setia Bhd (SP Setia) telah mencipta suatu tempat kudus dengan pemandangan Bukit Takun, dan dikelilingi oleh Templer Park dan hutan hujan Taman Eko-Rimba Kanching. Projek ini digelar Setia Eco Templer, Rawang.

Kawasan tanah yang luas dan semulajadi; merupakan tempat di mana flora, fauna dan pelbagai spesies burung hidup secara harmoni dan saling bergantungan sejak zaman dahulu lagi.

Pembangunan ini telah diinspirasikan dari pengalaman Marshall Field Sir Gerald WalterRobert Templer (Gerald Templer), seorang pegawai kanan Tentera British yang terkenal kerana berjaya mengalahkan pemberontakan gerila di Tanah Melayu yang berlaku sekitar tahun 1952 sehingga 1954.

Setia Eco Templer berkisar tentang pelayaran Gerald Templer ke Tanah Melayu. Pelayaran beliau dari sebuah rumah di perkampungan Inggeris yang mempunyai ciri-ciri yang begitu rapi serta pengalaman unik tersebut menjadikan kepelbagaian etnik semasa zaman Peranakan, jelas menggambarkan Malaysia suatu masa dahulu.

Aktiviti perdagangan terawal di Rawang terdiri daripada industri perlombongan, pertanian dan pengilangan. Aktiviti perlombongan bijih timah yang menjadi perniagaan penting pada ketika itu telah diberhentikan pada tahun 1959 berikutan Perang Dunia Kedua, penjajahan Jepun yang membawa kepada keruntuhan pasar bijih timah global.

Rawang kini yang mempunyai keluasan tanah dengan nilai yang tinggi, dikatakan boleh menawarkan kategori rumah atas tanah (landed) dengan harga yang berpatutan berbanding bahagian lain di sekitar Lembah Klang. Oleh yang demikian, ianya telah menarik minat para pemaju yang terkenal di Malaysia, antaranya, SP Setia.


Alamat Warisan Yang Menawan

Setia Eco Templer mempunyai kawasan pembangunan seluas 194 ekar dengan lanjutan pajakan yang dijangka akan mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan yang gah dan penuh sejarah ini, boleh memilih dari pelbagai jenis senibina, termasuk Peranakan Straits and Amantara.

Peranakan Straits menawarkan rumah-rumah unik yang mencerminkan senibina yang biasa ditemui di bahagian Melaka, Pulau Pinang dan juga di Singapura. Senibina ini digunakan dalam pembinaan rumah kedai warisan yang sesetengahnya menjangkau usia 100 tahun.

Amantara pula terdiri daripada rumah yang direka khas bagi para pembeli yang menginginkan ketenangan seperti sedang beristirehat setiap hari. Setiap rumah direkacipta untuk kelihatan seperti rumah peranginan berunsurkan  senibina Bali, yang dipengaruhi asal-usul agama Hindu, dan unsur-unsur Jawa purba.

Kecantikan rumah Peranakan Straits terseri dengan lampu-lampu pada waktu malam.

(Klik di sini untuk sumber video)

Bakal pembeli yang berminat untuk menjadi pemilik rumah di Peranakan Straits, boleh memilih dari empat senireka dalaman yang berbeza, antaranya rumah teres (Link Villas) Azula dan Ophelia dan rumah berkembar (Semi-Detached) Emeria dan Elia.

Sejumlah 168 rumah ditawarkan untuk fasa seperti yang dinyatakan, di mana 74 rumah direka untuk mereka yang lebih meminati ruang taman yang besar, dibina di atas kawasan tanah yang bersaiz 36 X 80 kaki, setiap satu.

Rumah Peranakan Straits mempunyai 4+1 bilik, 5 bilik mandi dan 4 ruang parkir kereta, dengan luas binaan dari 2,292kp ke 2,797kp. Oleh kerana permintaan yang sangat memberangsangkan, kesemua unit Peranakan bagi bukan Bumiputra (non bumi) telah habis dijual manakala unit yang tinggal hanyalah Link Villas Azula dan Ophelia. Kedua-dua reka bentuk ini masih lagi dibuka untuk jualan bagi Bumiputera dengan harga bermula dari RM888,000.

Rumah Amantara menawarkan “open concept” yang diingini pemilik.

(Klik di sini untuk sumber video)

Pembeli yang menginginkan ruang tambahan boleh memilih salah satu daripada 155 unit rumah yang ditawarkan di fasa Amantara. Selain dari Maya Semi-Detached Homes dan Samara Link Villas, yang menawarkan layout antara 2,598kp dan 2,899kp, keistimewaan fasa ini terletak pada jenis rumah banglo; Ayana dan Alila. 12 unit banglo yang direka khas berukuran 75 X 85 kaki, dengan luas binaan antara 4,335kp dan 4,516kp.

Ayana and Alila amat sesuai bagi pembeli yang mempunyai ahli keluarga yang ramai kerana unit banglo ini menyediakan 6 bilik tidur, 7 bilik mandi dan 6 carports, yang dijual pada harga bermula dari RM3,631,000.


Peningkatan Gaya Hidup

Pemandangan dari rumah kelab.

Penduduk yang akan mendiami kawasan gated and guarded ini bakal menikmati pelbagai kemudahan, yang biasanya hanya ditawarkan dalam high rise development. Kemudahan-kemudahan ini termasuklah gimnasium, trek joging, tempat letak kereta pelawat, taman permainan, kolam renang dan pengawalan keselamatan sepanjang masa.

Di samping itu, Setia Eco Templer mempunyai ciri istimewa yang dikenali juga sebagai pembangunan Legend of the Nine Creeks di mana terdapat pelbagai jenis sumber air yang berhubung seperti anak sungai, tasik dan sungai. 

Anak-anak sungai ini mempunyai nama yang tersendiri seperti Alresford Creek, Benfleet Creek, Bramble Creek, Carson Creek, Cedar Creek, Flag Creek, Lawling Creek, Oakley Creek dan Turtle Creek, yang merupakan jalan hutan hujan dan juga menjadi pintu masuk utama Setia Eco Templer.

Setia Eco Templer amat mudah untuk diakses, kerana ianya terletak hanya 23km atau lebih kurang 30 minit dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang, pengangkutan awam seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) hentian Rawang yang dapat menghubungkan Setia Eco Templer ke kebanyakan kawasan di Lembah Klang.


Kesimpulan

Sama ada rumah dengan rekaan Inggeris, Peranakan mahupun Bali, Setia Eco Templer adalah pilihan yang tepat untuk dikunjungi. Disinilah tempatnya di mana pencarian rumah milik sendiri yang kaya dengan nilai keunikan dari segi reka bentuk dan persekitaran. Lokasinya terletak hanya 23km atau lebih kurang 30 minit dari pusat perniagaan Kuala Lumpur (CBD).

Rumah contoh boleh dikunjungi setiap hari termasuk cuti umum dari jam 10.00pagi hingga 5.00petang.

(Oleh Viknesh Ashley Clarence, 15 April 2019)

Adakah anda juga ingin memiliki rumah impian anda sendiri di Setia Eco Templer yang menenangkan? Sila tinggalkan komen di bawah!


Untuk penerangan lanjut, sila layari

- Amantara -

https://www.youtube.com/watch?list=PLNjHUUM5M81R8g7UlQsaAPcGlrlzjhTI8&time_continue=1&v=ZLVjo0urwZ8

- Peranakan Straits -

https://www.youtube.com/watch?list=PLNjHUUM5M81R8g7UlQsaAPcGlrlzjhTI8&time_continue=2&v=s_Y6mYLjFnU

SHARE THIS TOPIC

Chinese ad 4621 326x150 01

20150527 023646 1 small

Nice coverage on the said properties

Attachment small

Looks more like a holiday villas in Bukit Tinggi and Cameron Highlands. Surrounded by nature reserve and can get plenty of fresh and cool air. 

Photo  26  small

The housing growth of this northern area of Selangor is curbed by the hills and mining ponds compared to the southern corridors. Living here can be refreshing with the hills and greenery.